Jawapan

Jawapan Latihan Subtopik 1


Soalan 1 : ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, P&P serta pendidikan sepanjang hayat.


Soalan 2 : Sumber input / Sumber output / Alat ICT lain


Soalan 3 : Memudahkan gambaran sesuatu bahan digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar / Memudahkan pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar / Pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.


Soalan 4 : Penyediaan mesin boleh menjadi rumit / Terlalu mahal / Rumit untuk pengajar yang tiada pengalaman mengunakan alat ICT


Soalan 5 : Literasi ICT untuk semua pelajar / Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P & P / Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan.


Soalan 6 : Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT / Memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT / Meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT


Jawapan Latihan Subtopik 2


Soalan 1 : Antara perkara yang mendorong penggunaan ICT ialah keperluan pendidikan, urusan kerja, dan juga untuk mendapatkan maklumat semasa.


Soalan 2 : Perkara-perkara yang menghalang manusia memiliki ICT ialah harga mahal, memerlukan kemahiran yang tinggi, meningkatkan perbelanjaan, dan sukar untuk dipelajari.


Soalan 3 : Masyarakat perlu diberikan maklumat yang jelas tentang ICT / Masyarakat perlu didedahkan kepada kepentingan ICT dalam kehidupan mereka terutamanya dalam menghadapi alaf baru.


Soalan 4 : Pengetahuan mengenai ICT adalah sangat penting bagi menentukan ahli masyarakat terlibat dalam usaha negara mewujudkan masyarakat bermaklumat / Masyarakat akan lebih bersedia untuk menggunakan teknologi berkenaan akan kehidupan harian.


Soalan 5 : Bangsa, pendapatan, dan kategori pekerjaan / dari segi dorongan keperluan pendidikan.


S


S



S



S